Friday, March 10, 2017

Latihan Matematik UPSR 2017: Ujian Bulan Mac

Kepentingan membuat latihan ulang kaji


Banyak kajian menunjukkan membuat latihan (practising retrieval) mempunyai kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pengekalan ingatan pada jangka masa panjang (long-term retention) (Karpicke, 2007). Berbanding mengulang bacaan nota, pelajar dapat lebih mengingat bahan belajar apabila mereka membuat latihan ulang kaji.
Membuat latihan ulang kaji lebih berkesan daripada mengulang bacaan nota. Dan kesannya lebih mendalam, jika pelajar membuat latihan sebagaimana mereka akan diuji nanti. Contohnya, pelajar yang akan menduduki UPSR, sebaiknya mereka diuji dengan ujian yang menggunakan format UPSR sebenar - format kertas ujian dan masa. Ia adalah lebih efiktif, berbanding jika pelajar hanya membuat latihan mengikut topik-topik yang berasingan.

Latihan Matematik UPSR 2017: Ujian Bulan Mac

Di sini saya sertakan latihan yang boleh pelajar buat sebagai persedian menghadapi Ujian Bulan Mac. Jawapan untuk Kertas 1 ada disediakan di penghujung halaman. Format masa menjawab adalah 1 jam bagi setiap kertas. Cuba latih pelajar atau anak anda untuk menyiapkan latihan ini dalam masa 1 jam. Mungkin agak sukar pada permulaannya, namun mereka pasti dapat melakukannya apabila mereka sudah kerap melakukan latihan sebegini. Antara tip yang boleh digunakan adalah menggalakkan pelajar membuat soalan yang boleh dijawab dahulu dan tinggalkan dahulu soalan yang sukar (tandakan supaya dapat dikenalpasti untuk dijawab kemudian).



Matematik Kertas 1 Latihan 1



Latihan 2



Matematik Kertas 2


Karpicke, J. D. & Roediger, H. L. (2007). Repeated retrieval during learning is the key to long-term retention. Journal of Memory and Language, 57, 151-162. 

No comments:

Post a Comment