Friday, July 21, 2017

Fahami Bacaan dalam Solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 


Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.  

(HR Tirmizi) 

Makna Bacaan Dalam Solat (Lafaz dan terjemahannya). Semoga solat kita lebih bermakna seterusnya berjaya mewarnai segenap kehidupan kita.



Makna bacaan dalam solat from IMSHA LEARNING

Solat itu...
membuahkan perasaan berlainan
daripada satu insan ke insan lain
meski untuk insan yang sama
tidak mustahil berubah perasaannya 
kerna solat itu
ibadah paling terutama
selayaknya paling perlu istiqamahnya
kerna itu butuh kesungguhan memeliharanya

kesempurnaannya membutuhkan kesiagaan...

dalam niatnya
dalam lafaznya
dalam fahamnya
dalam amalnya
dalam mujahadah memeliharanya

nikmatnya...
hanya dirasai oleh yang merasai...
tak terungkapkan dek kata-kata
manisnya... 
jauh berganda daripada gambaran
manisnya rasa
madu, gula mahupun epal.

No comments:

Post a Comment