Tuesday, April 25, 2017

Latih Tubi Matematik

Operasi matematik yang asas (operasi tambah, tolak, darab dan bahagi) perlulah dikuasai dengan mantap semenjak dari kecil supaya dapat diguna pakai untuk penyelesaian masalah matematik yang lebih mencabar dengan berkesannya. Penguaasaan operasi-operasi yang asas ini sangat penting untuk mencapai "number sense" (tahap penguasaan matematik yang tinggi). Tidak dinafikan pencapaian matematik mempunyai implikasi yang penting untuk semua jurusan baik di peringkat pengajian atau applikasi kehidupan. Banyak kajian telah menunjukkan pelajar yang mempunyai penguasaan matematik yang baik akan cemerlang dalam pengajian mereka di universiti (GPA yang tinggi) (Bremer et al., 2013).

Latih tubi perlu kerap dilakukan supaya pelajar dapat membentuk "number sense" sedari awal. Di sini saya sertakan antara latih tubi yang boleh dilakukan. Untuk mencapai kecekapan (fluency) maksimum, tempoh masa latih tubi perlu dikira semasa pelajar membuat latih tubi. Pelajar perlu mempunyai sasaran tempoh masa yang mereka ingin capai. Contohnya, pelajar yang berusia 12 tahun perlu sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan 100 soalan (dengan tepat) dalam tempoh kurang daripada 5 minit.

Jika berminat, boleh baca mengenai kehebatan latih tubi yang kerap di sini, saya tulis mengenai salah satu komponen otak manusia yang hebat - hippocampus.







Bremer, C. D., Center, B. A., Opsal, C. L., Medhanie, A., Jang, Y. J., & Geise, A. C. (2013). Outcome trajectories of developmental students in community colleges. Community College Review, 41(2), 154-175. doi: 10.1177/0091552113484963

No comments:

Post a Comment