Friday, August 4, 2017

Matematik Tahun 6: Topik Wang

Matematik Tahun 6

Bidang: Nombor dan operasi
Tajuk: Wang

Standard pembelajaran:
Murid berupaya untuk menyelesaikan masalah harian melibatkan bil, rebat, cukai, aset dan liabiliti.

Istilah-istilah di atas ini juga boleh digambarkan seperti dalam video di bawah:


Cadangan aktiviti tambahan:
  1. Bil
    • Soal murid jika mereka tahu contoh-contoh bil lain
    • Jelaskan bahawa setiap bil mempunyai identiti korporat masing-masing dan menunjukkan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pengguna
    • Latih murid berjimat cermat dalam perkhidmatan yang digunakan bagi mengurangkan pembayaran bil
  2. Rebat
    • Wujudkan situasi-situasi yang bersesuaian bagi menambah kefahaman murid tentang rebat
  3. Cukai
    • Bincang mengapakah cukai dikenakan? Siapakah yang memungut cukai? Apakah manfaatnya kepada rakyat dan negara?
  4. Aset dan liabiliti
    • Bincang situasi manakah yang lebih baik sama ada mempunyai aset yang banyak atau liabiliti yang banyak? Mengapa?
Nota ringkas dan latihan dalam topik "Wang" berkenaan permasalahan melibatkan istilah-istilah di atas. Boleh dimuat turun untuk kegunaan sendiri. Jawapan ada disediakan di halaman terakhir.


4 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t.
    Mohon saya share dengan murid - murid saya ye..
    Semoga Allah swt merahmati tuan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian. Sangat membantu saya dalam mencari bahan untuk dikongsikan dengan murid-murid di musim PKP sekarang.

    ReplyDelete